Kaka, bintang bola sepak Brazil mempamerkan kata-kata "I Belong To Jesus" pada bajunya |
Brazil telah memenangi Piala Dunia lima kali, dan sehingga waktu akhbar, kelihatan dalam perjalanan ke kejuaraan yang keenam. Pasukan Brazil tumbang secara dramatik di Piala Dunia semasa menjadi tuan rumah pada 2014, tetapi bangkit untuk memenangi Olimpik Rio de Janeiro pada 2016.
Di atas podium, Neymar meneruskan tradisi panjang Brazil yang mempamerkan pakaian berbentuk keagamaan di atas padang, dengan satu perbezaan utama, kain lilit kepalanya memaparkan kata-kata "100% Jesus," satu petunjuk populasi evangelikal yang makin bertambah di negara itu. Sekurang-kurangnya 25% daripada pasukan Piala Dunia 2018 memperakui dirinya sebagai evangelikal.
25% pasukan Brazil adalah evangelikal |
Salah satu pergerakan evangelikal terbesar di Brazil adalah Assembleias de Deus (Assemblies of God) yang meliputi lebih daripada 20 juta orang. Selama bertahun-tahun ianya menekankan mengenai hubungan orang-orang percaya dengan Roh Kudus. Tetapi semakin kerap ianya telah melebarkan fokus pembentukan rohaninya , kata Marcos Simas, seorang bekas editor Cristianismo Hoje, penerbitan Christianity Today di Brazil.
"Assemblies of God telah menjadi semakin hari semakin rasional," kata Simas. "Mereka mempelajari Alkitab lebih dan lebih lagi."
Denominasi itu baru-baru ini telah menerbitkan sebuah Study Bible, dengan 50,000 naskah dijual pada tahun pertama ianya dipasarkan."
"[Assemblies of God tidak hanya mahu menawarkan] penyembuhan dan karunia-karunia rohani," kata Simas. "Sebaliknya mereka menawarkan alat-alat untuk membantu ahli-ahli mereka mempelajari lebih mengenai Tuhan, doktrin dan teologi."
Sejak Portugis menjajah Brazil pada abad ke-16, ianya telah menjadi kebanyakannya Katolik. Dan hari ini Brazil memiliki lebih ramai umat Roman Katolik berbanding mana-mana negara lain di dunia. Namun begitu peratusan keseluruhan populasi Brazil yang mengakui dirinya Katolik telah semakin berkurang dalam dekad-dekad kebelakangan ini (dari 92% pada 1970 ke 65% pada 2010), manakala peratusan rakyat Brazil yang menganggotai gereja-gereja Protestan telah semakin meningkat (dari 5% pada 1970 ke 22% pada 2010) - Pew Research Center
------------------