Sabtu, 19 Januari 2019

Kebangunan Rohani Di Ba'Kelalan 1973 dan 1984


Pada 1987, jauh di pedalaman hutan Sarawak, di kampung Ba'Kelalan, kampung halaman suku kaum Lun Bawang, anda mungkin akan terserempak dengan seorang pemuda Cina dari Malaysia Barat. Dia agak berbeza, jadi tak hairanlah kalau ada yang tertanya-tanya apakah yang telah membawanya ke situ, dekat dengan perbatasan Kalimantan, Indonesia.

Philip Siang

Lelaki itu adalah hari ini Pastor Philip Siang, seorang lelaki yang mempunyai hati untuk suku kaum pribumi di kedua-dua Malaysia Timur dan Barat. Pada waktu itu, Siang mempunyai minat yang amat besar dalam apa yang dilakukan oleh Tuhan di negara ini, dan ingin menjelajah untuk mengetahui lebih lagi. Apabila dia mendapat tahu mengenai kebangunan rohani yang besar yang terjadi di Ba'Kelalan, dia mengambil keputusan untuk pergi ke situ. Apabila dia tiba di destinasinya, dia merasa seperti di tempatnya sendiri. 

Sebagai seorang dari Semenanjung, dia tidak dapat tinggal lama di situ, tetapi tidak lama kemudian dia kembali lagi ke situ, kali ini sebagai seorang pelajar Sekolah Alkitab tempatan. Dia dengan cepat menyesuaikan diri dalam masyarakat itu dan menjadi seorang penterjemah. Dia menjadi sahabat dan saudara kepada ramai yang telah mengalami kebangunan rohani itu, dan telah menjadi saksi kepada impaknya yang semakin melebar.

Umat Yang Sedang Binasa Hidup Semula

Sudah lama berlalu sejak waktu dia mula berkunjung ke situ, tetapi ketika Siang mula mengisahkan semula kebangunan rohani itu, sangatlah jelas bahawa kesaksian-kesaksian yang dilihat dan didengarnya masih segar dalam ingatannya hari ini.


"Ba'Kelalan adalah lembah di gunung tertinggi di Sarawak," begitu Siang memulakan cerita. "Orang-orang Lun Bawang telah dikatakan mabuk sekurang-kurangnya 265 hari dalam setahun. Oleh kerana itu, mereka secara perlahan-lahan menuju kepupusan. Raja Putih, James Brooke sendiri telah berkata, "Biarlah mereka mati." Para misionari juga tidak digalakkan untuk pergi menolong.

Walaupun dunia sudah membasuh tangan akan nasib suku bangsa itu, Tuhan tidak begitu. Tuhan telah menghantarkan misionari-misionari dari China Inland Missions yang menyeberangi sempadan dari Kalimantan. Orang-orang percaya dari Indonesia juga menyeberangi untuk melayani umat dan menterjemahkan buku-buku lagu hymn dan Alkitab ke dalam bahasa tempatan. Kebangunan rohani itu terjadi pada 1973.