Rabu, 6 Mac 2019

Tiada Satu Alkitab Terbakar Dalam Api Yang Musnahkan Gereja


Awal pagi Ahad, 3 Mac, kebakaran telah menghanguskan bangunan Freedom Ministries Church di Grandview, West Virginia. Tetapi menarik sekali, tiada satu Alkitab atau salib di gereja itu yang dirosakkan oleh api itu. 

"Gambarkan saja, bangunannya begitu panas sehingga pada suatu ketika, anggota-anggota bomba terpaksa mengundur keluar. Dalam fikiran anda, semuanya harus terbakar, tinggal abu. Tak satu pun Alkitab yang terbakar dan tak satu pun salib yang dirosakkan!! Tak seorang pun anggota bomba tercedera!" begitu ditulis Jambatan Bomba Coal City dalam satu hantaran Facebook mengenai kejadian itu

Alkitab-alkitab yang terselamat dari api yang memusnahkan gereja

Beberapa jabatan bomba dalam kawasan itu telah respon kepada panggilan mengenai kebakaran itu selepas tengah malam 3 Mac. Ketika anggota-anggota bomba tiba, kebakaran telah menutupi seluruh bangunan gereja. Seorang lelaki yang tinggal sebaris dengan gereja itu telah diberi isyarat mengenai kebakaran itu oleh loceng pintu pintarnya sekitar 1.30 pagi. Ketika dia melihat keluar, dia melihat bangunan itu dikelilingi nyala api, yang di antaranya setinggi 50 kaki di udara. Penyiasatan sedang dijalankan mengenai bagaimana kebakaran itu telah bermula, tetapi setakat ini puncanya belum diketahui.

Freedom Ministries telah membatalkan kebaktiannya pada pagi itu, dan di laman Facebooknya, telah meminta keluarga-keluarga untuk berdoa bersama dalam hadirat Tuhan. Kemudian gereja membuat hantaran lagi di Facebook, mengatakan, "Kami berat hati pagi ini, gereja kami kebakaran malam tadi. Kami perlu membina semula tapi kami akan ok. Kami akan melawan musuh dan tidak membiarkannya menghentikan kami." Gereja bagaimana pun tidak dapat membersih atau membina semula sehingga penyiasat-penyiasat bomba menyelesaikan penyiasatan mereka mengenai punca kebakaran itu. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Bibles Not Harmed In Fire That Destroyed Church Building" yang ditulis oleh Jessica Mouser bertarikh 5 Mac 2019)