Selasa, 3 Disember 2019

BWCC Worship Lancarkan Album Ketiga - "Greatest Ever"!



BWCC Worship telah melancarkan album ketiga mereka berjudul "Greatest Ever" pada 23 November 2019 di BWCC KL. Inilah album "Greatest Ever" oleh BWCC Worship:

Album ketiga BWCC Worship, “Greatest Ever” diinspirasi dari Mazmur 95:3 “Sebab TUHAN adalah Allah yang besar, dan Raja yang besar mengatasi segala allah.” Ertinya, tidak ada satupun yang menandingi kebesaran dan kehebatan Tuhan kita Yesus Kristus. Ianya juga merupakan satu manifestasi perjuangan kami yang berada di perantauan bahawa kami tidak pernah lupa akan panggilan kami sebagai saksi-saksi Tuhan yang diutus tetapi dalam masa yang sama tetap berbakti kepada kampung halaman tercinta yang terpaksa ditinggalkan.

Keunikan dari album ini adalah liriknya ditulis dalam empat bahasa termasuklah bahasa Iban dan Dusun, selain bahasa Inggeris dan Melayu. Ini kerana kepelbagaian bahasa merupakan satu keunikan identiti bangsa Malaysia.



Justeru, siapapun yang mendengar dan menyanyikan lagu-lagu di dalam album ini, mereka akan menyatakan kemuliaan dan kebesaran Allah, hati yang berbalik kepada Tuhan, hati yang mahu erat dengan Roh Kudus, serta mengasihi Yesus Kristus sebagai satu-satunya sumber keselamatan dan pengharapan setiap manusia di muka bumi ini.

Kami rindu, setiap lagu tersebut akan menjadi pedoman kepada ramai orang di seluruh pelusuk negara, khususnya di Sabah dan Sarawak untuk mengenal siapakah Tuhan yang terhebat di dalam hidup mereka. Bahkan doa kami agar produksi ini boleh menjangkau daerah-daerah di luar negara.

Album ini adalah deklarasi tentang kebesaran Tuhan Yesus, Juruselamat manusia. Segala hormat kemuliaan bagi Tuhan Yesus, the GREATEST EVER! Amen.


(Diambil daripada hantaran Facebook BWCC Worship bertarikh 3 Disember 2019)