Madius mengucapkan tahniah kepada Rev Jerry selepas perasmian Bangunan Akademik, Borneo Thological Seminari di Namaus (Gambar SNT/Ihsan KP&I) |
RANAU: Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal akan terus memberi bantuan kepada badan-badan keagamaan
dan gereja di masa hadapan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau
memberi jaminan bahawa badan-badan keagamaan bukan Islam serta gereja di Sabah
akan terus mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri.
Ini termasuklah memberi dana peruntukan lebih besar setiap
tahun, ujarnya.
Rev Jerry (dua kanan) membawa Madius meninjau Bangunan Akademik, Borneo Theological Seminary (Gambar SNT/Ihsan KP&I) |
“Sabah mempunyai pelbagai kaum dan agama, dan sebab itu kita
harus saling hormat menghormati antara satu sama lain supaya perpaduan akan
dijaga sampai bila-bila,” katanya.
Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Industri berkata
demikian semasa menyaksikan upacara pentahbisan Bangunan Akademik Borneo
Theological Seminary oleh Presiden SIB Sabah Rev Datuk IR Jerry W Dusing di
Namaus dekat sini hari ini.
Bangunan Akademik Borneo Theological Seminary (Gambar SNT/Ihsan KP&I) |
Bangunan yang mempunyai lima kelas itu boleh memuatkan
seramai 500 orang pada satu-satu masa.
Dalam pada itu, Madius mengucapkan tahniah kepada Gereja SIB
Sabah atas kejayaan melahirkan banyak pastor, pensyarah dari peringkat sijil,
diploma, sarjana, doktor, ahli-ahli profesional serta pemimpin-pemimpin dalam
berbagai bidang yang turut menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.
Beliau turut memuji usaha menyiapkan bangunan tersebut yang
diketuai oleh Presiden SIB Sabah sendiri dalam mencari dana sehingga siapnya
bangunan tersebut dengan kos RM2.5 juta.-SabahNewsToday
(Diambil daripada artikel Sabah News Today bertajuk, "Badan Keagamaan Bukan Islam Dan Gereja Terus Dapat Perhatian Kerajaan Negeri: Madius" bertarikh 15 Februari 2020)