Jumaat, 6 Mac 2020

Isteri Kepada Pastor Yang Hilang Ingin Adanya Penutupan

Susanna dengan anugerah bersama Wanita Pertama Amerika, Melania Trump
dan Pompeo di Jabatan Negara di Washington  DC. - AFP

PETALING JAYA: Isteri Pastor Raymond Koh menyeru kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencari dan mendakwa orang-orang yang bertanggungjawab ke atas kehilangan paksanya.

Susanna Liew berkata sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin mempunyai kuasa untuk memastikan keadilan ditegakkan. 

"Kami berharap Perdana Menteri akan menggunakan segala kuasanya untuk memastikan keadilan dilaksanakan, yang bererti membawa ke mahkamah dan mendakwa mereka yang terlibat dalam penculikannya," Liew memberitahu The Star semalam.

Koh didakwa telah diculik oleh sekumpulan lebih daripada 10 orang di Petling Jaya pada 13 Februari 2017.

Wanita Pertama Amerika, Melania Trump berucap di acara penyampaian anugerah

Penculikan siang hari yang penuh kontroversi itu telah mencetuskan suatu inkuiri awam sepanjng setahun oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, yang membuat kesimpulan April lepas bahawa Koh adalah mangsa kehilangan paksa yang dijalankan oleh Cawangan Khas Polis. 

Satu pasukan petugas khas untuk menyiasat kehilangan Koh dan aktivis Amri Che Mat telah ditubuhkan oleh Kabinet Jun lepas, namun begitu Susanna berkata dia tidak pernah menerima apa-apa pemberitahuan baru daripada pasukan petugas itu. 

"Saya merayu kepada Perdana Menteri baru untuk melakukan apa yang benar - untuk membawa penutupan kepada bab gelap dalam sejarah negara kita," katanya.

Koh adalah di antara 12 pemenang Wanita Antarabangsa Tahun 2020 oleh Anugerah Tahunan Wanita Berani Antarabangsa.


Anugerah itu, yang dihoskan oleh Setiausaha Negara, Mike Pompeo dari Jabatan Negara Amerika Syarikat di Washington, DC memberi penghormatan kepada wanita-wanita luar biasa di dunia yang telah menunjukkan kepimpinan yang cekal dan berani dalam mendukung keamanan, keadilan, hak asasi manusia, hak sama rata jantina dan pemberdayaan wanita dalam keadaan berisiko tinggi dan pengorbanan peribadi. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk "Missing Pastor's Wife Wants Closure" yang ditulis oleh Tarrance Tan bertarikh 6 Mac 2020)