Pengumuman itu dibuat oleh Kedutaan Amerika Syarikat di
Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa Liew, bekas pengetua sekolah dan seorang
pendidik, telah dipilih untuk kerja-kerja hak asasi manusia berikutan
penculikan suaminya, yang didakwa dilakukan oleh agen negara.
"Liew berjuang secara gigih demi pihak minoriti agama
yang hilang dalam keadaan yang sama.
"Walaupun ada gangguan, dia terus menyokong mereka yang
senasib kerana hak sebagai rakyat Malaysia dan manusia," katanya.
"Liew aktif memperjuangkan keadilan untuk suaminya dan
orang lain semasa siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam) 2018-2019. Ini mendorong kerajaan untuk menyiasat kes-kes berkenaan
dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab," katanya.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Isteri Pastor Koh Menang Anugerah Keberanian Antarabangsa" bertarikh 4 Mac 2020)