Rabu, 25 Mac 2020

Seorang Paderi Itali Yang Dijangkiti Covid-19 Mati Selepas Memberi Mesin Pernafasannya Agar Orang Lain Dapat Hidup


Seorang paderi Itali yang dijangkiti dengan Covid-19 telah meninggal dunia setelah memberikan mesin pernafasannya kepada seorang yang tidak dikenalinya. 

Newsweek melaporkan bahawa paderi Katolik, Don Giusseppe Beradelli, yang telah dimasukkan ke hospital di Lovere, Itali, telah menyerahkan mesin perubatannya kepada seorang pesakit lebih muda yang memerlukannya.

Paderi berusia 72 tahun itu adalah seorang yang dihormati dan suka melayani masyarakatnya, dan amat dikenali menolong orang yang mengalami kesusahan kewangan.


(Diterjemahkan daripada artikel CBN bertajuk, "Italian Priest Dies From Coronavirus After Giving Away His Respirator So Another May Live" yang ditulis oleh Andrea Morris bertarikh 24 Mac 2020)