Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob |
PUTRAJAYA: Kementrian Perpaduan Nasional akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin agama utama untuk membincangkan cadangan balas untuk mereka menyambung semula aktiviti, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dia berkata mesyuarat khas Kabinet telah mengkaji cadangan dari kementrian itu tetapi mereka tidak mencapai persetujuan dalam isu itu.
"Perkara itu telah dibentangkan kepada jawatankuasa dan telah dibincangkan. Ada beberapa isu yang perlu dikaji dengan terperinci.
"Menteri itu akan bertemu lagi dengan pemimpin-pemimpin agama dengan cadangan balas dari mesyuarat itu. Jika semuanya dapat dipersetujui, kita akan mengumumkannya," dia berkata pada hari Selasa (19 Mei)
Kementrian Perpaduan Nasional telah membentangkan suatu cadangan untuk membenarkan kumpulan-kumpulan agama untuk mengadakan aktiviti di rumah-rumah ibadat memandangkan kelonggaran yang dibenarkan di bawah Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kerajaan telah menerima rayuan dan mungkin mempertimbangkan melonggarkan sekatan atas aktiviti-aktiviti agama di rumah-rumah ibadat oleh kerana orang-orang Islam telah dibenarkan mengadakan sembahyang Jumaat dengan prosedur operasi standard diamalkan.
(Diterjemahkan daripada artiel The Star bertajuk, "Govt To Meet With Religious Leaders To Discuss Opening Places Of Worship, Says Ismail Sabri" yang ditulis oleh Mazwin Nik Anis bertarikh 19 Mei 2020)