Selasa, 19 Mei 2020

Ravi Zacharias Meninggal Dunia Kerana Kanser


Ahli apologetik Ravi Zacharias meninggal dunia pada hari ini, dua bulan selepas dia mengumumkan bahawa dia telah disahkan mengidap kanser. Dia berusia 74 tahun.

Guru dan pengarang popular itu dikenali untuk kerjanya melalui Ravi Zacharias International Ministries (RZIM) yang mengfokus kepada hujah-hujah apologetik mengenai kewujudan Tuhan dan kebenaran Kekristianan. 

Dia telah berkhutbah di lebih daripada 70 negara, dan mengarang lebih daripada 30 buku dalam kerjaya 48 tahunnya, mengajar orang-orang Kristian untuk berbincang dengan orang-orang yang skeptik (tidak percaya) dan berhujah bahawa cara pandang dunia Kristian memiliki jawapan-jawapan yang teguh kepada persoalan kewujudan kemanusiaan.

Ravi Zacharias dan isterinya, Margaret

Zacharias telah dilahirkan di India dan dibesarkan dalam sebuah keluarga Anglikan. Dia mengisahkan kembali bagaimana dia memeluk Kristian setelah membaca Alkitab di hospital selepas kegagalan membunuh diri pada usia remaja. Dia telah berpindah ke Kanada pada usia 20 tahun.

Zacharias telah memulakan pelayanannya dengan Christian and Mission Alliance (CMA). Seorang graduan Ontario Bible College (kini Tyndale University), dan Trinity International University, dia telah diutus sebagai seorang penginjil kebangsaan untuk Amerika Syarikat pada 1977 dan ditahbiskan oleh CMA pada 1980. Dia mengasaskan RZIM pada 1984, dan organisasi itu telah bertumbuh sehingga hampir 200 pekerja di 16 pejabat di sekeliling dunia, dengan 20 orang penceramah yang bergerak.

Buku-buku Ravi Zacharias

Buku bestsellernya, Can Man Live Without God?, telah menjual 500,000 naskah pada 1995. Buku terbarunya, The Logic of God: 52 Christian Essentials for The Heart and Mind telah memenangi anugerah buku Kristian 2020 yang diberikan oleh Persatuan Penerbit Buku Kristian Evangelikal dalam kategori pengkajian Alkitab.

Awal tahun ini, para doktor menemukan ketumbuhan berbahaya di bahagian bawah tulang belakang Zacharias sewaktu dia menjalani pembedahan tulang belakang. Dia mula menerima rawatan untuk kanser tisu sarkoma di Pusat Kanser MD Anderson di Houston.

Pihak pelayanannya telah memberikan berita terbaru minggu lepas mengatakan bahawa kanser Zacharias dianggap tidak dapat dirawat lagi, dan dia telah dihantar pulang ke Atlanta untuk bersama keluarganya. Di media sosial, pelbagai orang Kristian dari berlainan latarbelakang termasuk Lee Strobel, Tim Tebow dan Christine Caine telah memberikan kata pengucapan penghormatan kepadanya dengan hashtag #ThankYouRavi.

Dia meninggalkan isterinya, Margaret dan tiga orang anak mereka. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christianity Today bertajuk, "Ravi Zacharias Dies Of Cancer" yag ditulis oleh Daniel Silliman bertarikh 19 Mei 2020)