Isnin, 18 Mei 2020

Majlis Gereja Memberi Garis Panduan Untuk Kebaktian Menjelang Pengumuman SOP Rasmi


PETALING JAYA: Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) hari ini memberikan garis panduan tambahan untuk kebaktian ibadah yang selaras dengan garis panduan yang telah diumumkan lebih awal oleh Majlis Keselamatan Negara, menjelang prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan untuk pembukaan semula gereja di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Setiausaha agung CCM memberitahu FMT bahawa kebaktian ibadah akan terus disampaikan melalui talian secara langsung (live streaming) dengan hanya 30 ahli jawatankuasa gereja di zon-zon hijau seperti paderi atau pastor, pemuzik-pemuzik dan pembantu-pembantu lain dibenarkan dalam bangunan gereja untuk menjalankan kebaktian. 

"Kebaktian-kebaktian lain seperti perkahwinan, pengkebumian dan kebaktian doa akan diadakan apabila perlu," dia berkata bahawa waktu ibadah akan dihadkan kepada satu jam setengah. 

Dalam satu kenyataan, dia berkata sentuhan fizikal tidak dibenarkan semasa kebaktian termasuk penumpangan tangan ke atas orang lain dan perkongsian roti dan anggur perjamuan kudus. Begitu juga koir dan penyanyi-penyanyi suara latar tidak dibenarkan.

Dia berkata bahawa gereja harus dibersihkan serta-merta selepas penggunaan dengan waktu rehat dua jam di antara dua kebaktian ibadah yang berbeza. 

Dia berkata ketua-ketua gereja akan mengeluarkan garis panduan kepada jemaat mereka selaras dengan SOP kebangsaan dan negeri.

"SOP untuk pembukaan semula gereja akan diumumkan esok," dia memberitahu FMT.

Majlis Keselamatan Negara, berkenaan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan, sebelum ini mengatakan bahawa hanya mereka yang terletak di zon-zon hijau sahaja yang dibenarkan mengadakan sembahyang berjemaah. 

Ianya juga telah menghadkan kehadiran 30 orang untuk beribadah, dengan semakan suhu secara wajib, pendaftaran semua yang menghadirkan diri, pemakaian penutup hidung dan mulut dan dengan langkah-langkah penjarakan sosial juga dilaksanakan.

(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Council Of Churches Gives Guidelines For Services Ahead Of SOP" bertarikh 18 Mei 2020)