Khamis, 2 Julai 2020

Dapatkan Bahan Media Untuk Mengajar Lagu Doa "Bapa Kami" Di Gereja Anda!


Lagu Doa "Bapa Kami" telah dilancarkan di YouTube semalam dan terus mendapat sambutan hangat dari umat Kristian di Malaysia!

Lagu Doa "Bapa Kami" dalam Bahasa Malaysia yang berdasarkan Alkitab Versi Borneo ini telah diterbitkan oleh Malaysian Worship Collective. Saya telah dimaklumkan bahawa penyanyinya dari Sabah!


Sempena pelancaran lagu itu, pihak penerbit juga menyediakan bahan media untuk digunakan bagi mengajar dan mempromosikan lagu itu di gereja-gereja. 

Bahan-bahan yang disediakan termasuklah Video Lirik (HD), Carta Muzik (untuk pemuzik), Poster Doa (Saiz A3) dan Kertas Mewarna (untuk Sekolah Minggu). 


Pihak penerbit menyatakan, "Terima kasih kerana mendengar lagu Doa 'Bapa Kami'. Kami berharap lagu itu memberkati kamu. Sepanjang Julai 2020, dengan kebenaran kami, lagu dan video lirik tersedia untuk kegunaan gereja kamu – untuk disiarkan dalam ibadahraya dan kebaktian gereja yang lain.

Anda boleh mendapatkan bahan-bahan itu melalui link ini: https://bit.ly/DBKMaterials