Tiffany Espensen tidak seperti kebanyakan anak muda berusia 21 tahun yang lain.
Dia telah muncul dalam filem-filem yang amat popular di pawagam seperti "Spiderman: Homecoming" dan "Avengers: Infinity War." Berpuluh ribu orang mengikutinya di akaun-akaun media sosialnya. Dan dia menganggap Bindi Irwin, anak perempuan mendiang Steve Irwin, sebagai salah seorang sahabat terdekatnya.
Tetapi Espensen tidak menanggapnya seperti itu. Dalam setiap langkah kerjaya dan perjalanan hidupnya, dia menyedari tangan Tuhan yang lemah lembut telah melindungi dan mencukupkannya.
Diambil Sebagai Anak Dalam Keluarga Baru
Kisah Espensen bermula di Lianjiang, China pada lewat 1990an. Pada waktu itu adalah kemuncak dasar satu anak di negaranya, dan ibu bapa semula jadinya telah meninggalkannya di tangga sebuah hospital. Tetapi oleh kerana kasih kurnia Tuhan, katanya, sebuah keluarga dari California mengambilnya sebagai anak berusia 13 bulan.
Pengalaman itu mengubah selamanya kehidupan Espensen, memberikannya suatu pemahaman yang mendalam mengenai Allah sebagai Bapa syurgawi.
"Pengambilan sebagai anak memcerminkan Kristus, sebab Allah memilih kita sebagai anak-anak-Nya," dia menjelaskan. "Hidup saya mungkin sama sekali lain kisahnya, dan saya hanya dapat bersyukur kerana Dia memilih saya."
Sambil kerjayanya mulai berkembang - dari peranan-peranan kecil sehingga menjadi bintang dalam rancangan-rancangan Disney dab Nickelodeon - dia merasakan dirinya tidak layak menerima segala berkat itu.
Dia masih mengingat dirinya berfikir, "Wau, lihatlah hidup yang indah ini. [Tuhan] telah memberikan ibu bapa dan kesempatan-kesempatan yang baik. Kenapa aku?"
Dan dia merasakan Tuhan menjawab, "Kamu boleh menggunakan kesempatan-kesempatan ini untuk bersinar bagi-Ku."
Espensen telah menjadikan misinya melakukan itu, mengalihkan semua perhatian yang diterimanya kepada Cahaya yang sejati, Yesus Kristus.
Salah seorang tokoh contohnya yang terbesar dalam usaha itu adalah Billy Graham.
"Dia begitu memiliki hati untuk Tuhan, dan dia memiliki pembawaan diri yang mengesankan," kata pelakon wanita itu, yang neneknya memperkenalkannya kepada penginjil itu pada usia mudanya. "Dia berusaha begitu kuat tanpa lelah dan tanpa kepentingan diri untuk menyampaikan mesej Yesus Kristus."
Kini anak muda ini membawa mesej Injil yang sama itu kepada generasi baru. Dengan jumlah gabungan pengikutan 52,000 orang di Instagram, Facebook dan Twitter. Espensen sering berkongsi ayat-ayat Alkitab, lagu-lagu penyembahan dan khutbah-khutbah Billy Graham. Dia menjawab soalan-soalan yang sukar dengan nasihat berdasarkan Alkitab dan senyuman ceria.
Seorang pengikut media sosial baru-baru ini menanyakan, "Bagaimanakah anda sering kelihatan ceria?" Sebagai jawapan, dia menyebut Nehemia 8:10, "Sukacita Tuhan adalah kekuatanku."
Bagaimana dengan putus cinta? "Ambillah waktu ini untuk lebih mengenali diri anda dan mengfokus kepada Tuhan. Izinkan Tuhan menyembuhkan hatimu, dan jika anda lakukan ini, selang waktu, kamu akan okey."
Depresi? "Yesus sedang memanggilmu dan akan menarikmu keluar dari tempat-tempat tergelap. Datanglah kepada-Nya dengan keperitanmu. Tidak ada rasa dipermalukan dalam Kristus."
"Hollywood menawarkan semua benda-benda duniawi yang menarik, [tetapi] segala yang kita lihat adalah sementara dan Yesus menawarkan kekekalan," dia menjelaskan. "Saya menggunakan pentas ini untuk menyinarkan cahaya ke atas sesuatu yang jauh lebih besar, sebab ianya bukan saya - ianya adalah Yesus."
(Diterjemahkan daripada artikel laman Billy Graham bertajuk, "Hollywood Actress Uses Fame To Talk About Christ" yang ditulis oleh Gabrielle Redcay bertarikh 13 Julai 2020)