Selasa, 21 Julai 2020

Penginjil Sekeliling Dunia, Morris Cerrullo Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun


Penginjil sekeliling dunia dan perwira rohani, Morris Cerullo meninggal dunia pada 11 Julai atas sebab semulajadi selepas dimasukkan ke hospital kerana pneumonia, menurut seorang jurucakap pelayanan. Dia berusia 88 tahun.

Pada pagi Sabtu, foto depan laman Facebook rasmi Morris Cerullo telah diganti dengan kata-kata bertulis, "Morris Cerullo 1931-2020" yang memaparkan kata-kata dari penginjil itu. "Seruan di hatiku dan dorongan utama hidup dan pelayananku adalah: Tuhan berilah aku kemampuan untuk membawa pengurapan yang Engkau telah letakkan ke atas hidupku dan menyampaikannya kepada orang-orang lain."

Cerullo telah melayani di 150 negara di lebih daripada 400 bandaraya di enam benua, di mana dia telah secara peribadi melatih 5 juta pemimpin Kristian dan melayani berjuta-juta orang lagi, menurut laman pelayananya. Dia telah mendedikasikan hidupnya membantu orang-orang yang terluka dan menjelajah lebih daripada 250,000 batu setiap tahun untuk melayani penyembuhan dan keselamatan kepada dunia, walaupun dalam usianya yang tua. 

Cerullo menerima Kristus ketika berusia 14 tahun. Pada umur 20 tahun, dia menggembalakan sebuah gereja kecil. Pada usia 23 tahun, dia mula mengkhabarkan injil ke sekeliling dunia bermula di Greece. 

Cerullo mengasaskan Morris Cerullo World Evangelism pada 1961, yang telah sejak itu memimpin ratusan rapat umum kebangunan rohani dipenuhi Roh Kudus dari pedalaman Amerika Selatan hingga ke hutan belantara Afrika. 


Cerullo memberitahu Charisma pada 1962, bahawa Tuhan telah memberikannya suatu panggilan khusus ketika di Porto Alegre, Brazil. Dia telah diperintahkan untuk melatih hamba-hamba Tuhan antarabangsa yang akan menjangkau masyarakat mereka untuk Kristus. Cerullo menyedari bahawa kunci untuk membina legasi yang bertahan bukanlah dengan menambah kepada angka pelayanannya; membina legasi bermakna melatih orang-orang yang akan meneruskan misinya lama selepas kematiannya sendiri. 

"Kuncinya bukanlah dengan mengorbankan hidup anda, menjelajah dari negara ke negara, dan mengadakan raat-rapat umum ini," kata Cerullo. "Kuncinya kepada dunia yang kian tertutup adalah selepas anda tiada lagi, apa lagi yang ada?" 

Melalui Cerullo dan rapat-rapat umumnya, pelayanan-pelayanan telah betumbuh di Indonesia, Malaysia, Israel dan seluruh Timur Tengah, Asia Timur, Afrika, Mexico Tengah dan Amerika Selatan, dan hampir setiap negara di dunia. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "Worldwide Evangelist and Spiritual Warrior Morris Cerullo Dies At 88" bertarikh 19 Julai 2020)