Donald Mojuntin, Japiril Suhaimin danTerence Siambun |
Rabu lalu, Zawawi yang juga ketua ulama PAS dilaporkan
berkata, semua agama tidak mengizinkan penganutnya meminum arak, tetapi Ngeh
Koo Ham (PH-Beruas) meminta beliau membetulkan faktanya kerana agama lain
seperti Kristian, membenarkan penganutnya minum arak, tetapi tidak sampai tahap
memabukkan.
Zawawi bagaimanapun bertegas “sebelum kitab Injil
dipesongkan”, agama Kristian tidak membenarkan penganutnya minum sedikit arak
pun.
Timbalan Presiden Upko, Donald Peter Mojuntin berkata,
tindakan Zawawi mempertahankan kenyataannya di luar Parlimen keterlaluan serta
menyinggung perasaan penganut Kristian.
“Apabila kali pertama saya mendengar perkara itu, saya tidak
percaya, namun beliau (Zawawi) terus mempertahankan kenyataannya.
“Mana-mana rakyat Malaysia yang berfikiran baik, tidak boleh
memaafkan sikap beliau yang seakan-akan cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia.
“Saya mendesaknya menarik balik kenyataannya dan saya juga
menunggu rakannya (dalam PAS) menegurnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden SAPP, Japiril Suhaimin
menggesa pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan sensitif untuk mengelakkan
polarisasi berterusan antara rakyat berbilang agama dan kaum.
“Berkali-kali kita berdepan pemimpin yang bercakap tanpa
memikirkan Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.
“Setelah tinggal bersama di negara tercinta ini sejak
Malaysia ditubuhkan, sangat menyedihkan bangsa dan agama masih dipolitikkan
pihak tertentu yang memudaratkan keharmonian masyarakat.
“Jangan lupa anda salah seorang penggubal dasar negara.
Pentingkan pengekangan, kepekaan dan pertimbangan perasaan orang lain, terutama
dalam soal agama dan bangsa.”
Bendahari Agung Warisan, Terrence Siambun pula berkata,
sebagai wakil rakyat, Zawawi perlu tahu cara mengawal dirinya daripada
menyinggung perasaan atau mencetus kemarahan orang lain.
“Zawawi menunjukkan dia gagal mengawal diri daripada
mengeluarkan kata-kata yang jelas merendahkan orang lain. Maka, dia seharusnya
ditegur orang lain agar tidak mengulangi perbuatan sebegini.”