Rabu, 21 Disember 2022

Messi: "Aku Tahu Tuhan Akan Berikannya Kepadaku"


Lionel telah katakan bahawa dia "tahu Tuhan akan memberikannya kepadaku" Piala Dunia 2022. 

Argentina telah mengalahkan Perancis dengan tendangan penalti dalam perlawanan akhir paling hebat dalam sejarah pertandingan itu pada Ahad lepas.

Messi telah membuka jaringan untuk Argentina dan pasukannya kelihatan sedang menuju kejayaan ketika Angel Di Maria menambahkan jaringan mereka sebelum rehat separuh permainan.

Tetapi Kylian Mbappe membalas balik dari tendangan penalti dan kemudian melanjutkan permainan ke masa tambahan setelah menjaringkan gol dengan rembatan volley yang cantik.

Messi menjaringkan gol ketiga Argentina pada masa tambahan

Messi menjaringkan gol lagi untuk Argentina pada masa tambahan, hanya untuk Mbappe melengkapkan jaringan ketiganya sebelum akhir permainan. Namun begitu, Argentina menang dengan tendangan penalti selepas Kingsley Coman dan Aurelian Tchouameni kedua-duanya gagal menjaringkan penalti mereka.

"Sungguh gila ianya telah terjadi dengan cara begini," kata Messi selepas perlawanan itu.

"Aku amat menginginkannya. Aku tahu Tuhan akan memberikannya kepadaku, aku percaya ianya akan terjadi seperti ini. Sekarang untuk menikmatinya." 

Ditanya samada dia perlu memenangi Piala Dunia untuk dianggap lebih bagus dari Maradona dan di kalangan terbaik sepanjang zaman, Messi menjawab, "Sebenarnya, aku mengucap syukur kepada Tuhan kerana memberikanku segala sesuatu. Dia telah memberikanku segala sesuatu. Untuk menutupi karirku seperti ini - meskipun apa yang terjadi dalam beberapa tahun lepas - adalah mengkagumkan."

Messi dangan para pemain dan penyokong Argentina merayakan kemenangan

Pemain penyerang Paris Saint-Germain itu menambah dia rindu kembali ke Argentina untuk merayakan kemenangan ketiga Piala Dunia negara itu - dan yang pertama sejak 1986.

Dia berkata, "Kami telah banyak menderita, tetapi kami telah berjaya. Kami tak sabar balik ke Argentina dan lihat kegilaan yang akan terjadi."

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Athletic bertarikh 19 Disember 2022 dan artikel Religion Unplugged bertarikh 19 Disember 2022)