Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof - yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) - sebagai timbalan perdana menteri.
Menurut Anwar, Zahid juga dilantik menjadi menteri kemajuan
desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti.
Anwar pula memegang portfolio kewangan.
Senarai penuh barisan kabinet itu diserahkan kepada Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi
tadi untuk diperkenan Tuanku.
Dua puluh lapan menteri itu terdiri daripada 14 wakil
Pakatan Harapan, Umno (6), GPS (5), GRS (1), Upko (1) dan seorang lagi bukan
dari mana-mana gabungan.
Berikut adalah senarai penuh barisan kabinet:
Perdana Menteri, Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah:
Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perladangan dan Komuniti:
Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya: Alex Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul
Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy
Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup:
Salahuddin Ayub
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Azalina
Othman Said
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik
Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Zambry Kadir
Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital: Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara: Ago Dagang
Menteri Agama: Dr Naim Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali