Jumaat, 2 Disember 2022

UBUNTU - Kisah Menarik Dari Afrika


UBUNTU adalah suatu kisah yang menarik dari Afrika...

Motivasi di sebalik kebudayaan Ubuntu di Afrika...

Seorang ahli kaji kemanusiaan mengusulkan suatu permainan kepada kanak-kanak suku kaum Afrika itu...

Dia meletakkan sebuah bakul berisi gula-gula disebelah sepohon pokok dan menyuruh anak-anak itu berdiri 100 meter dari situ. Dia mengumumkan bahawa sesiapa yang duluan sampai akan mendapat semua gula-gula dalam bakul itu. 

Kemudian dia berkata, "Bersiap, Sedia, Lari!"...

Tahukan anda apakah yang anak-anak itu lakukan? 

Mereka berpegangan tangan bersama, dan berlari bersama ke arah pokok, dan membahagikan gula-gula secara saksama di antara mereka, makan gula-gula itu dan menikmatinya. 

Apabila ahli kaji kemnusiaan itu menanya mereka mengapa mereka melakukan demikian, mereka menjawab... "Ubuntu."

Yang bermaksud, "Bagaimanakah seseorang itu dapat bergembira apabila yang lain-lainnya sedih?" 

"Ubuntu" dalam bahasa mereka adalah -

"Aku ada, sebab kita ada"

Suatu mesej yang kuat untuk semua generasi. 

Biarlah kita semua sentiasa memiliki sikap ini dan menyebarkan kebahagiaan ke manapun kita pergi. 


Marilah kita memiliki hidup Ubuntu.

AKU ADA SEBAB KITA ADA 


(Diterjemahkan daripada hantaran Facebook Erik Lai bertajuk "Ubuntu" bertarikh 2 Disember 2019)