“Setiausaha politik saya membuat satu laporan polis terhadap
Che’GuBard yang memfitnah saya dan tularkan fitnah tersebut dalam media sosial
dan WhatsApp.
“Memberikan gambaran bahawa agensi KBS sekarang menjadi
‘Kristian Evangelist’ selepas saya menjadi menteri belia dalam Kerajaan
Malaysia Madani,” katanya ringkas berserta lampiran laporan polis di Facebook.
Sementara itu menjawab tuduhan berkenaan, agensi Impact
Integrated menjelaskan program “Projek Artikel 11” bertujuan mendedahkan
golongan belia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa.
Menurut agensi itu, ia untuk meningkatkan sifat inklusif
melalui aktiviti lawatan dan kesukarelawanan di Lembah Klang.
“Kedua, belia mengikuti aktiviti kesukarelawanan untuk
membantu golongan rentan yang dianjurkan oleh pertubuhan kebajikan berasaskan
agama, supaya belia dapat memahami bahawa semua agama mempunyai persamaan dari
segi nilai murni dan menganjurkan inisiatif bersifat kebajikan.”
"Program 'Projek Artikel 11: Jom Ziarah Gereja' dan 'Projek Artikel 11: Jom Ziarah Kuil Hindu' akan dijalankan pada tarikh 18 dan 19 Mac 2023. Program 'Jom Ziarah Gereja' merupakan lawatan ketiga, dan lawatan sebelum ini adalah menerusi program 'Jom Ziarah Masjid' di Masjid Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2023 yang telah melibatkan 8 peserta berbangsa Cina dan India. Program 'Jom Ziarah Gurdwara' di Gurdwara Sahib Shah Alam pada 11 Mac 2023 yang telah melibatkan 3 peserta berbangsa Cina'" - kenyataan dari Facebook Impact Malaysia
Hantaran itu mula tular dan mendapat perhatian warganet.