Dua pemain serangan Malaysia, Hassan Sani (kiri) dan James Wong (kanan) beraksi di padang |
Biasanya saya tidak menulis khusus mengenai bola sepak di blog ini. Tapi biarlah saya keluar topik sedikit kali ini... saya juga seorang peminat bola sepak! Dua gol ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi viral di internet dalam dua minggu yang lepas.
1. Gol Jaringan James Wong Dalam Perlawanan Kelayakan Olimpik 1980
Sejak filem Ola Bola mula ditayangkan di pawagam pada 28 Januari 2016, ianya telah mendapat sambutan ramai. Pada masa yang sama, terdapat juga luahan mengenai salah fakta terutamanya mengenai siapakah penjaring sebenar gol kemenangan Malaysia menentang Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan Olimpik 1980.
Video di bawah membuktikan penjaring sebenar gol itu adalah James Wong, yang menjaringkan gol itu setelah menerima hantaran lintang daripada Hassan Sani yang telah mengelecek dua pemain pertahanan Korea. Gol bersejarah di Stadium Merdeka itu telah melayakkan pasukan negara ke Olimpik 1980 (tapi Malaysia kemudiannya tidak menyertai Olimpik di Rusia kerana mengikuti boikot negara-negara terhadap penaklukan Rusia atas Afghanistan).
1. Gol Jaringan James Wong Dalam Perlawanan Kelayakan Olimpik 1980
James Wong |
Video di bawah membuktikan penjaring sebenar gol itu adalah James Wong, yang menjaringkan gol itu setelah menerima hantaran lintang daripada Hassan Sani yang telah mengelecek dua pemain pertahanan Korea. Gol bersejarah di Stadium Merdeka itu telah melayakkan pasukan negara ke Olimpik 1980 (tapi Malaysia kemudiannya tidak menyertai Olimpik di Rusia kerana mengikuti boikot negara-negara terhadap penaklukan Rusia atas Afghanistan).
Video: Gol Jaringan James Wong - Perlawanan Kelayakan Olimpik 1980
2. Gol Jaringan Faiz Subri - Piala Super Malaysia (16 Feb 2016)
Bermain untuk Pulau Pinang melawan Pahang dalam perlawanan Liga Super (Malaysia), Faiz Subri menjaringkan satu gol ajaib dari tendangan percuma yang mempunyai lencongan yang amat mengelirukan. Gol itu terus menjadi viral di internet, dengan mendapat julukan "setaraf" dengan tendangan percuma Roberto Carlos, lagenda bola sepak Brazil. Ianya juga disebut sebagai berpeluang memenangi Anugerah Puskas FIFA untuk gol terbaik 2016.
Video: Gol Tendangan Percuma Yang Menakjubkan Oleh Faiz Subri

Moga-moga dua video ini akan menyemarakkan lagi semangat generasi muda untuk mengharumkan nama negara di arena bolasepak!