Kisah penyaliban Yesus Kristus telah selalu diceritakan dari sudut pandangan orang-orang percaya. Bagaimanapun dalam filem epik yang baru "Risen," yang membintangi Joseph Fiennes dan Tom Felton, kisah penyaliban dan kebangkitan Kristus dikisahkah melalui pandangan seorang askar Rumawi yang tidak percaya.
"Ianya adalah kisah yang kita kenal dan sayangi tetapi diceritakan dari sudut pandangan yang berbeza sekali," Rich Peluso, naib presiden senior AFFIRM Films, memberitahu The Gospel Herald. "Kita semua tahu kisah Yesus bertemu dengan Kleopas dalam perjalanannya, tetapi bebebrapa batu dari situ di Yerusalem, Kayafas, Imam Besar, dan Pilatus tentu saja hairan ke manakah perginya tubuh itu dan cuba untuk menghentikan apa yang mereka anggap sebagai satu permulaan pemberontakan. 'Risen' membawa anda melalui perjalanan itu dari sebelah pihak yang lain dan pada masa yang sama masih memberikan kita paparan kisah Injil."
Ralph Fiennes memain peranan sebagai pegawai Rum yang telah ditugaskan mencari tubuh Kristus selepas penyaliban, tetapi seperti yang anda dapat ingat dari Sekolah minggu, Dia sudah bangkit |
Dengan kejayaan filem-filem berdasarkan iman seperti "War Room" dan "Woodlawn" tahun lepas, Peluso sangat optimis bahawa lebih banyak lagi filem-filem bertemakan Kristian akan dihasilkan tahun ini.
"Saya percaya orang-orang Kristian ingin menonton filem-filem yang hebat seperti orang lain juga. Mereka tidak ingin menonton sebuah filem Kristian apabila mereka merasa seperti terpaksa memberi sokongan jika ianya tidak begitu bagus. Itulah sebabnya anda akan melihat hasil kejayaan yang berbeza-beza apabila filem-filem itu dipertayangkan," katanya.
"Risen" dijadualkan untuk mula ditayangkan pada 19 Februari.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk "'Risen' Movie Tells Jesus Christ's Crucifixion, Resurrection 'From A Completely Different Angle'" penulisan Czarina Ong bertarikh 8 Februari 2016)