Selasa, 23 Mei 2017

Ahok Menarik Balik Rayuan Terhadap Hukuman Penjaranya

Isteri Ahok, Veronica Tan menangis ketika membaca surat Ahok kepada
penyokong-penyokong Ahok dalam satu sidang akhbar di Jakarta.

Bekas gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, lebih dikenalli sebagai Ahok, akan menarik balik rayuan terhadap penghukuman dua tahun penjaranya atas penodaan agama. 

Ahok telah didapati bersalah pada 9 Mei dan telah dipenjarakan pada hari yang sama kerana "terbukti bersalah melakukan penodaan agama." 

Isterinya, Veronica Tan, hari ini membacakan sepucuk surat di mana Ahok mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya dan mereka yang sedang berdoa untuknya, atau yang menghantarkan bunga, surat dan buku, begitu dilaporkan oleh Reuters.

"Saya tahu tidak mudah bagi saudara menerima kenyataan seperti ini apalagi saya. Saya telah belajar mengampuni dan menerima semua ini," kata mantan gabenor itu dalam suratnya. 

"Tidak tepat untuk tunjuk perasaan dalam proses saat ini," katanya, sambil menambah bahawa dia khuatir bahawa penyokong-penyokongnya akan terlibat dalam pertelingkahan dengan pihak-pihak yang menentangnya. 

Berikut adalah isi penuh surat Ahok yang telah dibacakan oleh isterinya, Veronica, seperti dilaporkan oleh laman seword.com:

Rumah tahanan Depok, Ahad 21 Mei 2017

Kepada para relawan dan pendukung Ahok yang saya cintai semua mereka yang telah menjalani proses demokrasi di mana pun berada. Saya telah banyak berfikir tentang yang sedang saya alami.

Saya mahu berterima kasih kepada saudara-saudara yang terus mendukung saya dalam doa. Kiriman doa, makanan, kad ucapan, surat dan lain-lain, bahkan dengan berkumpul nyalakan lilin.

Saya tahu tidak mudah bagi saudara menerima kenyataan seperti ini apalagi saya. Saya telah belajar mengampuni dan menerima semua ini jika untuk kebaikan berbangsa dan bernegara. Alangkah ruginya warga DKI dari sisi kesesakan lalu lintas dan kerugian ekonomi akibat adanya tunjuk perasaan yang mengganggu lalu lintas.

Tidak tepat untuk tunjuk perasaan dalam proses saat ini. Saya khuatir banyak pihak akan menunggangi jika para relawan tunjuk perasaan apalagi bertelingkah dengan pihak lawan yang tidak suka dengan perjuangan kita.

Terima kasih telah melakukan tunjuk perasaan sesuai aturan dan menyalakan lilin perjuangan dan perlembagaan ditegakkan di NKRI dan Pancasila, UUD 1945 dan Bhineka Tunggal Ika. Mari kita tunjukkan kalau kita percaya Tuhan tetap berdaulat dan pegang kendali setiap bangsa. Kita tunjukkan kita beriman pada Tuhan Yang Maha Esa pasti kasihi sesama manusia dan tegakkan kebenaran dan keadilan bagi sesama manusia.

Gusti ora sare. ‘Put your hope in the Lord now and always’. Mazmur 131 ayat 3. Kalau dalam iman saya, saya katakan ‘Lord will work out his plan for my life’ Mazmur 138 ayat 8a.

Ahok BTP

Terima kasih.

(Dialihbahasakan dari The Malaysian Insight dan Seword bertarikh 23 Mei 2017)