Jumaat, 26 Mei 2017

Kesaksian Pendeta Stephen Tong Berkenaan Keputusan Pembatalan Rayuan Ahok


Pemimpin Gereja Reformed Injili Indonesia (GRII) Pendeta Stephen Tong menyampaikan kesaksian di sekitar hebohnya keputusan Gabenor tidak aktif DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) soal pembatalan rayuannya. Stephen menyampaikan tentang kisah di sebalik kunjungannya ke Penjara Mako Brimob, tempat Ahok ditahan pada Jumaat, 19 Mei 2017 lalu atau beberapa hari sebelum memilih keputusan itu.

Pendeta Stephen menyampaikan bahawa dirinya sempat terlibat perbualan dengan Ahok di penjara. Salah satu perbualan itu adalah soal pembahasan pembatalan rayuan dan rencana yang akan dilakukan Ahok selama tinggal di sel penjara.
Berikut perbincangan Pendeta Stephen Tong dan Ahok berlangsung, seperti diketahui disebarkan dari akaun Facebook Pray for indonesia:
"Hari Jumaat lalu, Pak Tong mengunjugi Ahok.
Pak Tong berkata wajah Ahok terlihat cerah bersinar penuh sukacita. Kenapa? Ahok kata, di penjara dia tidak sibuk seperti waktu jadi Gabenor, harus bangun jam 4:30, sekarang dia dapat bangun lebih lewat.
Setiap hari dapat bersukan 3 jam, yang tak mungkin dapat dia lakukan sewaktu jadi gabenor. Jadi sekarang badannya lebih sihat dan bugar daripada waktu masih jadi gabenor.
Sekarang dia mulai belajar baca Alkitab bahasa Mandarin. Dia kata dia harus dapat baca Kitab Yohanes dalam bahasa Mandarin. Dan dia sudah mulai berusaha menggunakan bahasa Mandarin dalam berkomunikasi dengan Pak Tong.
Beliau juga kata tidak mahu membuat rayuan. Kerana kalau kalah rayuan, mungkin saja dia dipenjara lebih lama lagi. Jadi dia sudah siap hati dipenjara 2 tahun.
Sudah pasti dia akan pergunakan waktunya sebaik-baiknya di penjara untuk belajar dan mendalami Firman Tuhan.
Setelah "tamat" 2 tahun, dia akan jadi pengkhutbah yang dipakai oleh Tuhan luar biasa. Dan dia juga kata, setelah dia keluar nanti, dia tidak mahu jadi gabenor lagi.
Itulah kesaksian seseorang yang sukacitanya bukan tergantung pada keadaan dan lingkungan, tapi tergantung sepenuhnya hanya pada Allah. Sukacita yang tidak dapat diperolehi daripada dunia. Sukacita Paulus di penjara. Itulah bukti janji Tuhan, bahawa Dia akan menyertai setiap orang yang percaya dan bersandar penuh kepada-Nya.
Matius 5:12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana upahmu besar di syurga, sebab demikian juga telah dianiaya nabi-nabi yang sebelum kamu."
Puji Tuhan. Haleluyah."
Keputusan pembatalan rayuan Ahok disampaikan oleh isterinya Veronika Tan pada Isnin, 22 Mei 2017 lalu. Melalui secarik surat Ahok menyampaikan tekadnya yang sudah bulat untuk membatalkan proses rayuan atas keputusan hakim menjatuhkan 2 tahun penjara terhadap dirinya. Surat itu dibacakan langsung oleh isterinya Veronika di hadapan khalayak media ketika Sidang Akhbar di kawasan Cikini, Jakarta Pusat, Selasa (23/5).
Mata Veronika bahkan berkaca-kaca di pertengahan pembacaan surat tersebut. Ada rasa berat yang melanda hatinya atas keputusan yang dibuat oleh suaminya, Ahok. Tangisan ini bahkan menjadi topik dunia yang trending di media sosial.
Di dalam suratnya, Ahok dengan sangat jelas menyampaikan alasan dirinya mengambil pilihan tersebut.
“Jika untuk kebaikan berbangsa dan bernegara, alangkah ruginya warga DKI dari sisi kesesakan lalu lintas dan kerugian ekonomi akibat adanya tunjuk perasaan yang mengganggu lalu lintas. Tidak tepat untuk tunjuk perasaan dalam proses saat ini. Saya khuatir banyak pihak akan menunggangi jika para relawan tunjuk perasaan, apalagi bertelingkah dengan pihak lawan yang tidak suka dengan perjuangan kita,” tulisnya.
Ahok pun berpesan supaya seluruh pedukungnya menerima keputusan tersebut dengan lapang dada dan menyudahi segala konflik yang mengalir deras pasca Pilihan Raya Jakarta. 
(Dialihbahasakan daripada artikel Jawaban.com bertajuk, "Kesaksian Pendeta Stephen Tong Soal Putusan Pembatalan Banding Ahok" yang ditulis oleh Lori Mora bertarikh 25 Mei 2017)