Isnin, 10 Julai 2017

Manny Pacquiao Tetap Katakan "Tuhan Baik" Selepas Kekalahan Tinju


Manakala sebilangan pemerhati beranggapan bahawa kekalahan mengejutkan Manny Pacquiao dalam perlawanan tinju kepada Jeff Horn sebagai pukulan hebat terhadap kariernya, Pacquiao berkata, "Tuhan Baik."

Pacquiao telah memuatkan di Instagram foto dirinya tersenyum dengan isterinya selepas perlawanan itu.

Peninju Filipa iti memastikan untuk memberikan segala kemuliaan kepada Tuhan. 

"Perlawanan yang sukar tetapi menang atau kalah, aku selalu berikan segala yang kumampu untuk Tuhan, keluargaku, negaraku dan peminat-peminatku! Terima kasih untuk sokonganmu dan tahniah kepada Jeff Horn. Tuhan Baik!" dia menyatakan dalam catitannya.

Keekalahan Pacquiao kepada Horn adalah kekalahan pertamanya sejak tewas kepada Floyd Mayweather pada 2015. 

Bagaimanapun, Horn berkata bahawa Pacquiao adalah "seorang pahlawan sesungguhnya."

"Manny Pacquiao adalah... seorang lagenda dalam sukan ini," dia memberitahu ABC News. "Dia mungkin kurang cemerlang dalam perlawanan ini, saya tidak tahu. Jika kami ada perlawanan ulangan, dan dia pamerkan segala yang dia ada, mungkin dia lebih cemerlang lagi."

(Diterjemahkan daripada artikel CB News bertajuk, "Manny Pcquiao Still Says 'God Is Good' After Boxing Defeat" bertarikh 6 Julai 2017)