Isnin, 28 Januari 2019

Cari Gali di Shiloh Menemukan Bukti-Bukti Nyata Tokoh-Tokoh dan Peristiwa Alkitab

Tapak cari gali di Shiloh

Memandu di jalan yang dikenali sebagai Way of The Patriarchs di Samaria, di tengah Israel alkitabiah, anda akan menemukan Shiloh kuno.

Alkitab mengatakan inilah tempatnya di mana Yoshua membahagikan tanah perjanjian kepada 12 suku bangsa Israel. Di situ jugalah tempat letaknya tabut perjanjian selama lebih daripada 300 tahun. 

Pemandangan Shiloh kuno dari udara

Dr. Scott Stripling mengarahkan usaha mencari gali di Shiloh. Bersama dengan berpuluh-puluh sukarelawan, dia dan pasukannya sedang menggali sejarah. 

"Selamat datang ke Shiloh," Stripling menyambut kami. "Ini adalah ibu negara pertama Isrel kuno, dan ianya adalah tapak suci kerana Mishkhan, tabut perjanjian ada di sini di mana orang akan datang untuk berhubung dengan Tuhan."


"Kita memperkatakan mengenai orang-orang yang benar, tempat-tempat yang benar, peristiwa-peristiwa yang benar," sambungnya. "Ini bukanlah mitos. Syiling-syiling yang telah kami gali hari ini - kita sedang perkatakan mengenai syiling-syiling Herodes yang Agung, Pontius Pilatus, Thestos, Felix, Agrippa yang Pertama, Agrippa yang Kedua. Alkitab mengatakan mengenai orang-orang ini. Kita memiliki imejnya di sini." 

"Imej" itu termasuklah tembok kubu yang telah dibina oleh orang-orang Kanaan. Pasukan itu menemukan sejumlah besar artifak di situ, termasuklah syiling-syiling kuno dan lebih kurang 2,000 keping pasu dalam sehari. 

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "Archeologists Dig Up Definitive Proof of Biblical People, Miracles in Ancient City of Shiloh" yang ditulis oleh Chris Mitchell bertajuk 27 Januari 2019)