Khamis, 21 Mac 2019

LifeWay Akan Tutup Kesemua 170 Kedainya Yang Masih Wujud


Menjelang hujung tahun ini, LifeWay Christian Resources akan menutup kesemua kedainya. Pada waktu ini, ianya menjalankan 170 kedai buku, bahan sumber dan cenderahati di sekeliling negara. 

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Brad Waggoner berkata,

"Keputusan untuk menutup semua kedai tempatan kami adalah keputusan yang sukar. LifeWay telah membina hubungan rapat dengan komuniti-komuniti di mana kedai-kedai kami berada, dan adalah satu penghormatan bagi kami berkhidmat untuk komuniti-komuniti itu. Kami akan terus melayani jemaat-jemaat tempatan sambil mereka memenuhi keperluan rohani jiran-jiran mereka."

Dua tahun lepas, Family Christian Resources telah menutup kesemua 240 daripada kedai-kedainya. 

LifeWay kini merancang untuk menawarkan produk mereka secara online.

Pada bulan Januari, LifeWay telah mengumumkan rancangan untuk menutup sebilangan daripada kedai-kedainya, tetapi kelihatan bermaksud untuk terus beroperasi dengan sebilangan kedainya. Pada waktu itu, Presiden ketika itu, Thom Rainer telah memberitahu para pekerja, "Kami telah berdoa dan berharap pelaburan dan komitmen kami terhadap kedai-kedai LifeWay akan berhasil. Namun begitu, itu tidak terjadi."

(Diterjemahkan daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "LifeWay Is Closing All 170 Of Its Remaining Stores" bertarikh 20 Mac 2019)