Kisah cinta antara Brad Paisley dan isterinya, Kimberly Williams-Paisley, begitu manis dan menginspirasikan. Setelah bernikah selama 16 tahun. Brad telah menghasilkan sebuah lagu baru bertajuk, "My Miracle" yang didedikasikan kepada isterinya.
Pasangan itu telah bertemu apabila Brad menghubungi Kimberly untuk membintangi video muziknya untuk lagu "I'm Gonna Miss Her (The Fishin' Song)." Tetapi kali pertama Brad telah melihatnya adalah bertahun-tahun lebih awal.
Kimberly telah membintangi Father of the Bride pada 1991. Brad telah pergi menonton filem itu dengan teman wanitanya pada waktu itu dan terus tertarik dengan wajah Kimberly di skrin layar. Apabila filem kedua Father of the Bride ditayangkan, Brad sudah single dan pergi menonton filem itu seorang diri.
Perasaan yang sama masih ada padanya. Itulah sebabnya beberapa tahun kemudian apabila Brad sedang mencari seseorang untuk video muziknya, dia terus teringat Kimberly dan menelefonnya.
Mereka berdua mulai berpacaran tidak lama selepas itu dan bertunang lapan bulan kemudian. Mereka telah bernikah pada 15 Mac 2003 di Stauffer Chapel di kampus Universiti Pepperdine. Mereka mendapat anak pertama mereka, William Huckleberry (juga digelar "Huck") pada 22 Februari 2007. Anak kedua mereka, Jasper Warren telah dilahirkan pada 17 April 2009.
Brad Paisley Mendedahkan Perasaannya Dalam Lagu Baru "My Miracle"
Dalam lagunya, "My Miracle," Brad melafazkan cintanya kepada isterinya dengan cara baru. Pada waktu lepas, lagu-lagu cintanya tidaklah sebegitu intim dan romantik seperti lagu ini.
"Saya telah menulis banyak lagu yang mengambil pelbagai pandangan mengenai hubungan, dari segala sudut," Brad menjelaskan. "Umpamanya 'I'm Gonna Miss Her," di mana anda tinggalkan isteri untuk memancing; lagu-lagu lain, di mana hati anda kecewa kerana putus cinta; dan yang lain-lain mengenai ketidaksempurnaan."
"Saya agak susah diurus apabila menulis lagu-lagu cinta," Brad mengakuinya. "Saya biasanya tidak menaruhkan semuanya dalam sesebuah lagu. Tapi dalam lagu ini, itu yang saya lakukan."
Satu baris penuh makna dalam "My Miracle" berbunyi, "Bagaimanakah aku tidak dapat percaya pada Tuhan yang telah menciptakan dia?"
Satu lagu cinta yang begitu manis untuk menggetarkan hati anda! Brad Paisley dan Kimberly Williams Paisley adalah teladan cinta sejati yang tidak berkesudahan.
(Diterjemahkan daripada artikel God Updates bertajuk, "Brad Paisley Shares Why His Wife Is 'My Miracle' In This Story Behind The Song" yang ditulis oleh Alyssa bertarikh 22 Mac 2019)