Jumaat, 31 Julai 2020

Kebaktian Gereja-Gereja Katolik Diberhentikan Sementara Apabila Kuching Dikelaskan Semula Sebagai Zon Merah Covid-19


KUCHING, 31 Julai - Dengan Kuching dikelaskan semula sebagai zon merah Covid-19, Diosis Besar Katolik di sini telah mengumumkan bahasa semua kebaktian harian dan misa Ahad di kawasan-kawasan kegerejaannya di zon merah telah diberhentikan buat sementara waktu bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Bishop Besar Simon Poh berkata ini akan melibatkan kawasan-kawasan kegerejaaan di Kuching, Kota Sentosa, Kota Samarahan dan Kota Padawan. 

Dia menambah bahawa gereja-gereja di zon-zon kuning dan hijau akan terus dibuka untuk melayani umat Katolik.

"Saya sungguh-sungguh menggalakkan semua orang untuk mengikuti dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang kini diamalkan di semua gereja dan pejabat kita.

"Ini adalah untuk memastikan agar gereja-gereja kita selamat untuk kunjungan awam," katanya. 

Poh menyeru kepada seluruh umat Katolik agar bertanggungjawab secara sosial dengan memakai pelitup muka di tempat awam, mengamalkan pencucian tangan yang teliti dan juga penjarakan sosial dan untuk membawa bersama pembersih tangan dan penyembur ubat.  

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Malay Mail yang bertajuk, "Catholic Churches Temporarily Suspended As Kuching Slips Back Into Covid-19 Red Zone" bertarikh 31 Julai 2020)