Sabtu, 29 Julai 2017

Nick Vujicic: "Jangan Pernah Menyerah"


Nick Vujicic, tokoh motivator tanpa lengan dan kaki telah ditemuramah di studio ANTV beberapa tahun yang lalu. Berikut adalah transkrip video temuramah tersebut:

Jumaat, 28 Julai 2017

Semakan Kehakiman Mahkamah Mengenai Lesen Stesen Radio Kristian Ditangguh Ke 8 Ogos


Semakan kehakiman yang dimohon oleh seorang lelaki Sabah untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk memulakan sebuah stesen radio Kristian telah ditangguhkan ke 8 Ogos.

7 Juta Pekerja Asing di Malaysia (Jun 2016)


KUALA LUMPUR 28 Jun - Kongres Kesatuan Sekerja Ma­laysia (MTUC) menggesa kerajaan untuk membekukan pengambilan pekerja warga asing untuk tempoh dua tahun bagi me­ngawal lambakan pekerja asing di negara ini.

2.08 Juta Pekerja Asing Berdaftar Di Malaysia (Januari 2016)


KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.08 juta pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara yang masih sah dan aktif di negara ini.

Khamis, 27 Julai 2017

Bolly Lapok Bersara Selepas Satu Dekad Sebagai Bishop

Jamal (ketiga dari kanan), Ramdan (kedua dari kiri), Umpie (kiri) dan lain-lain
bersama Bolly (tiga dari kiri) di majlis makan perpisahan 

SIBU: Parochial Church Council (Majlis Kawasan Gereja) Gereja Anglikan St. John mengucapkan selamat tinggal kepada Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Darusalam, Right Reverend Datuk Bolly Lapok, dengan majlis makan malam di Restoran Sheraton di sini baru-baru ini. 

Rabu, 26 Julai 2017

Dengarlah Radio Kristian Online Dari Malaysia


Di Malaysia belum ada stesen radio Kristian ke udara. Seorang lelaki Sabah, Ronnie Vun sedang mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk membenarkannya menjalankan stesen radio Kristian di Sabah dan Sarawak. Kes itu akan didengar di mahkamah pada 28 Julai ini. 

Namun begitu, terdapat beberapa radio Kristian yang dijalankan secara online di Malaysia. Berikut adalah 3 radio Kristian online dari Malaysia (update 8 Feb 2018):

Selasa, 25 Julai 2017

Infografik Kes Penculikan Pastor Raymond Koh


Pastor Raymond Koh telah diculik di Kelana Jaya pada 13 Februari tahun ini. Sehingga hari ini polis masih menyiasat kes ini dan belum dapat menemukan Pastor Raymond. The Malaysian Insight telah menyediakan satu infografik berkenaan kes penculikan Raymond Koh dan perkembangan sehingga ke hari ini:

Perkaitan Antara Pemerdagangan Manusia Dengan Pastor Koh Dipersoal


BANYAK persoalan timbul dengan pengumuman polis hari ini Pastor Raymond Koh mungkin diculik sindiket pemerdagangan manusia yang ada kaitan dengan kumpulan di Selatan Thailand.

Pastor Koh Mungkin Mangsa Pemerdagangan Manusia, Kata Polis


SATU sindiket antara sempadan yang terbabit dalam pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan senjata api mungkin bertanggungjawab terhadap penculikan Pastor Raymond Koh, kata Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar.

Polis Sahkan Kehilangan Pastor Koh Ada Kaitan Kumpulan Selatan Thai


KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan penculikan paderi Raymond Koh yang hilang sejak 13 Februari lalu mempunyai hubung kait dengan sebuah kumpulan lain di Selatan Thailand.

Isnin, 24 Julai 2017

Lebih Ramai Manusia Tinggal Dalam Bulatan Ini... Berbanding Di Luarnya

Bulatan berpusat pada 106.6 darjah Timur, 26.6 darjah Utara, diluiskan
berdasarkan GMT, dihasilkan oleh BCMM - Brilliant Maps

Seperti yang ditunjukkan oleh bulatan yang telah dihasilkan oleh Brilliant Maps, lebih ramai orang tinggal di dalam bulatan ini berbanding di luarnya.

Lebih 1.3 Juta Bukan Warganegara Malaysia Di Sabah: Pensyarah


Kota Kinabalu: Lebih separuh daripada 2.6 juta bukan warganegara Malaysia termasuk orang-orang pelarian, yang tidak berdokumen, tidak bernegara dan pekerja-pekerja pendatang asing yang tinggal di negara ini berada di Sabah.

Kadar Kelahiran Rendah - Peratusan Populasi Cina Di Malaysia Dianggar Jatuh Ke 18% Menjelang 2040


Menurut anggaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan baru-baru ini, populasi Cina di Malaysia yang dianggarkan pada 23.2 peratus pada tahun ini (2017) akan jatuh sehingga 18 peratus pada tahun 2040.

Jumaat, 21 Julai 2017

Cahaya Pelangi Di Bahtera Nuh: "Orang-Orang Kristian Perlu Ambil Kembali Pelangi"


Pengasas taman tema bahtera Nuh di Williamstown, Kentucky berkata bahawa bahtera Nuh yang bersaiz sebenar di taman itu kini mendapat cahaya pelangi secara tetap. 

Video "12 Kaum Pribumi di Sabah dan Sarawak" (World of Buzz)


World of Buzz telah memuatkan video "12 Indigenous Tribes of Sabah and Sarawak" di laman Facebooknya dua hari lepas. Sehingga kini video itu telah ditonton 108,000 kali dan mendapat 1,300 like dan 3,000 share di Facebook. 

Khamis, 20 Julai 2017

Sabah Bakal Ada Stesen Radio Kristian Pertama Jika Diluluskan Mahkamah

Ronnie Vun Yun Heu (Sumber Foto: The Malaysian Insight)

TIDAK bimbang dengan halangan yang dihadapi terhadap rancangannya menubuhkan stesen radio Kristian di Sabah, Ronnie Vun Yun Heu, 55, berharap pendengaran di mahkamah pada minggu depan akan memberinya kebenaran untuk meneruskan usaha yang pertama seumpamanya di negara ini.

Rabu, 19 Julai 2017

Kebanyakan Pengunjung Ke Blog Ini Guna Telefon Android


Pada pagi tadi saya telah memilih tema penampilan yang baru untuk blog ini di telefon bimbit (tapi tema untuk laptop / komputer masih yang sama). Kalau anda mengunjungi blog domba2domba hari ini dengan menggunakan telefon pintar, anda sudah pun melihat tema penampilan yang baru itu (seperti foto di atas).

"Saya Ada 3 Syiling dan Satu Impian Dari Tuhan Untuk Membina Rumah Kanak-Kanak Yatim" - Ibu Teresa


Ibu Teresa dari Kalkuta, India telah meninggal dunia sebagai tokoh yang dikenali dunia. Tetapi siapa yang akan menyangka dia akan mencapai tahap pengaruh seperti itu ketika dia baru bermula? Apakah yang dia miliki untuk mencalonkannya? Seorang wanita yang kecil, dia telah bermula dengan sumber yang paling sedikit. Ibu Teresa telah memberitahu rahib-rahib atasannya, "Saya ada tiga syiling dan satu impian dari Tuhan untuk membina rumah kanak-kanak yatim."

Selasa, 18 Julai 2017

Melukis Bagi Tuhan - Tommy Chen


Tommy Chen telah tamat pengajian di Malaysian Institute of Art pada 1990, dan dia telah mengfokus kepada menghasilkan lukisan ikan koi dan biasanya akan menyelitkan unsur-unsur Feng Shui dalam lukisan-lukisannya. Walau bagaimanapun, selepas dia menerima dan menyerahkan hidup kepada Yesus, dia mula melukis bagi Tuhan. Ini adalah petikan daripada kesaksian yang ditulis oleh Tommy Chen.

Isnin, 17 Julai 2017

Data Kerajaan Tunjuk Peratusan Bangsa Cina Di Malaysia Makin Berkurang


KUALA LUMPUR, 15 Julai - Peratusan masyarakat Cina dalam populasi tempatan telah jatuh lagi ke 23.2 peratus untuk tahun ini, Jabatan Statistik Malaysia telah memaklumkan.

Sabtu, 15 Julai 2017

Populasi Malaysia Dianggar 32 Juta Pada Tahun Ini


PUTRAJAYA: Populasi Malaysia dianggarkan 32 juta tahun ini, yang terdiri daripada 28.7 juta warganegara, dan yang selebihnya, bukan warganegara, menurut Jabatan Statistik.

Jumaat, 14 Julai 2017

Lelaki Sabah Mohon Ke Mahkamah Untuk Menubuhkan Stesen Radio Kristian Sabah Dan Sarawak

Ronnie Vun dari Sabah sedang memohon semakan kehakiman untuk
mengizinkan stesen radio Kristian di Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU:, 14 Julai - Pelabur hartanah kelahiran Sabah, Ronnie Vun Yun Heu sedang memohon perintah mahkamah untuk kebenaran menubuhkan sebuah stesen radio untuk Sabah dan Sarawak. 

Khamis, 13 Julai 2017

"Tuhan Ibu?" - Ajaran Sesat "Church of God" Korea

Dari kiri: Ahn Sahng-hong dan Zahng Gil-Jah

Disember 2012 sewaktu saya sedang di rumah Calon Isteri saya (sekarang sudah jadi Isteri… ^^ ), tiba-tiba ada ketukan di pagar dengan sapaan salam yang canggung… ketika saya buka pintu terlihat sepasang muda-mudi (perkiraan berumur 30 sampai 35 tahun) berpenampilan seperti Pelancong Backpacker Asia.

"Panggilan-Mu" - Lagu Tema Konferensi PMM SIB 2017 Ke-38 Dilancarkan!


Pihak Konferensi PMM SIB Sabah ke-38 telah melancarkan lagu tema rasmi konferensinya yang akan diadakan pada 27 hingga 30 Ogos 2017 di Wisma KDCA Penampang. 

Rabu, 12 Julai 2017

Lagu "Inilah Aku, Utuslah Aku" Menjelang Konferensi PMM SIB Sabah 2017


Konferensi PMM SIB Sabah yang ke-38 akan diadakan tidak lama lagi - pada 27 hingga 30 Ogos 2017 - di Wisma KDCA Penampang. Sekali lagi dijangka ramai muda-mudi Kristian akan memenuhi dewan KDCA itu Ogos nanti. 

Lagu Pujian Kepada Yesus Oleh Kumpulan Pelajar Jadi Tular Dengan 15 Juta Tontonan Dalam Seminggu


Satu persembahan yang menakjubkan lagu pujian kepada Yesus telah menjadi tular di internet, menyentuh hati dan jiwa berjuta-juta orang di sekeliling dunia.

Isnin, 10 Julai 2017

Imam, Pastor Berkumpul Untuk Hapuskan Jurang Agama

Imam dan pastor pada majlis makan malam Hari Raya di Pulau Pinang semalam
yang dianjurkan kumpulan Islam dan bukan Islam demi keharmornian agama
- Foto The Malaysian Insight

KIRA-KIRA 70 imam dan pastor Kristian bertemu pada makan malam sempena sambutan Hari Raya di sebuah hotel Pulau Pinang semalam.

Manny Pacquiao Tetap Katakan "Tuhan Baik" Selepas Kekalahan Tinju


Manakala sebilangan pemerhati beranggapan bahawa kekalahan mengejutkan Manny Pacquiao dalam perlawanan tinju kepada Jeff Horn sebagai pukulan hebat terhadap kariernya, Pacquiao berkata, "Tuhan Baik."

Sabtu, 8 Julai 2017

Kristian Malaysia Tidak Sokong Zionisme, Kata Forum Antara Agama

Dr. Maszlee Malik (kanan) bersama-sama Rev Hwa Yung (kiri) dan moderator
forum, Rev Sivin Kit (tengah) dalam forum antara agama yang diadakan
hari ini (Foto The Malaysian Insight oleh Deborah Loh)

PENGANUT Kristian Malaysia tidak menyokong Zionisme, kata Bishop Emeritus Gereja Methodist Malaysia, Rev Hwa Yung dalam forum antara agama bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies’ yang diadakan di Menara Wesley di Kuala Lumpur hari ini.

Tuhan Menyembuhkan Pendengaran Ibuku!

Pastor Yaya (berdiri, berbaju merah) dan ibunya (paling kiri)

Kesaksian Pastor Yaya:

Saya pastor Yaya, saya ingin kongsikan sedikit mengenai apa yang telah Tuhan lakukan dalam Kebaktian Supernatural baru-baru ini, di mana Ibu saya yang berasal dari Sabah, telah mengalami kesembuhan. Setelah telinga sebelah kirinya tidak dapat mendengar selama lebih kurang sepuluh tahun, pada upacara malam ketiga, ia menerima kesembuhan sepenuhnya dari Tuhan Yesus, telinganya kirinya boleh mendengar sepenuhnya seperti normal. 

Jumaat, 7 Julai 2017

Saya Keluar DAP Jika Bawa Agenda Kristian - Joshua Woo


Sejarah menunjukkan bahawa kejahatan dapat dilakukan dalam nama agama untuk keuntungan politik, termasuk penindasan agama-agama lain dan juga penindasan pandangan-pandangan lain agama. 

Oleh Joshua Woo Sze Zeng:

7 JULAI — Saya menyertai DAP sebagai ahli sebelum pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Saya percaya terhadap visi DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang baik untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Tuhan Menyembuhkan Kawanku!


Kesaksian oleh Serene Foo:

30 Jun ke 2 Julai adalah malam-malam terbagus bagiku! Aku mengikuti Rali Penyembuhan Supernatural Encounter di Stadium MBPJ yang dipenuhi beribu-ribu orang. Aku dapat melihat dengan mataku sendiri bagaimana Tuhan bekerja menerusi doa dan iman. Orang buta melihat, orang tuli mendengar, yang timpang berdiri dan berlari. Ianya sesungguhnya detik paling sukacita untuk disaksikan. 

Worship Night Bersama Sidney Mohede dan JPCC Worship


Sidney Mohede seorang penulis lagu dan pemimpin pujian yang telah menghasilkan best-selling album rohani sepanjang penglibatannya sebagai front-man band GMB (1996-2008) dan juga sebagai pemimpin pujian dalam True Worshippers / JPCC Worship sejak 1999 sehingga sekarang.

Biskop Baru Diumumkan Di Kepulauan Borneo


Reverend Danald Jute telah dilantik sebagai Biskop ke-14 Diosis Kuching, ibu negeri Sarawak di Kepulauan Borneo. Penyerahan dan penetapan Rev Danald akan dilaksanakan bulan depan di Gereja St Thomas di Kuching.

Khamis, 6 Julai 2017

Sabtu, 1 Julai 2017

7 Sebab Aku Berdoa Setiap Hari


Oleh Bob Hostetler:

Penulis dan apologis (pembela iman) Kristian yang agung, C.S. Lewis secara terkenal mengatakan ini, "Aku berdoa kerana aku tidak dapat tolong diri sendiri. Aku berdoa sebab aku perlu pertolongan. Aku berdoa sebab keperluanku nyata dalam diriku setiap waktu, semasa sedar dan semasa tidur. Ianya tidak memgubahkan Tuhan, ianya mengubahkan aku."

Aku boleh mengaminkan itu! Aku berdoa untuk sebab-sebab itu. Dan lebih lagi.